Perodua Viva Elite merupakan kesinambungan model Perodua Viva terdahulu. Didatangkan dengan gaya menarik dan bodykit yang mengujakan menampakkan gaya sport pada Viva ini. Perodua Viva sememangnya sesuai digunakan oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini.
Perodua Viva Elite dipacu oleh Enjin 1.0 tiga silider dengan 63kuasa kuda mampu untuk mencapai kelajuan maksimum 150km/j. Perodua Viva ini memang terbukti menjimatkan pengguna petrol. Dengan 10 liter petrol anda mampu bergerak 170km.
Perodua Viva Elite diberi nafas baru dengan perubahan luaran dan dalaman. Perubahan luaran yang jelas kelihatan adalah set bodykit sport yang menarik dan juga grill hadapan yang tampak lebih bergaya. Perubahan dalam yang nyata adalah kusyen tempat duduk yang lebih menarik dan paparan panel meter yang lebih sporty.
Gambar dibawah ini menunjukkan perbezaan antara Viva Elite dan Viva biasa. Sila klik pada gambar untuk pembesaran.
Terima Kasih..
_______________________________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment